Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya  hajat anda tidak tercapai. 
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda  yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam  kumpulan dan berlaku sebagai biasa. 
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain  dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang  anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan  mereka. 
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun  anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh  dapat. 
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu  seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan  rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun  suasana sekeliling menghalang maksud anda. 
 Anda dapat menerima kritik atau salah faham  orang tanpa memperbesar-besarkannya.  Anda memandang jauh kedepan, umpamanya  dengan sabar menangung kesusahan demi  kepentingan masa depan, tanpa merasa resah,  bimbang dan ragu.  
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam  perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak  senang. 
 Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai  satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda  minati. 
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda  betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa  berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. 
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan  sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk  menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya  dengan lebih sempurna. 
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain  walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap  orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta  atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat  yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama  atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir  bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap  wanita.       
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama  atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
dipetik dari iluvislam.com 
1 comment:
hehehehehe....
saya setuju sangat......
Post a Comment